Khusyuk

Untuk renungan kepada kita semua semuga diamalkan.
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khawatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu Hatim berkata, “Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:

1] Bertaubat
2] Menyesali dosa yang telah dilakukan
3] Tidak tergila-gilakan dunia
4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
5] Tinggalkan sifat berbangga
6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7] Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata , “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri diatas titian ‘Siratal Mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.” Setiap bacaan dan do’a dalam solatku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi Salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sampaikanlah walau pun satu ayat.. Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain sebagai bekalan usaha berdakwah di akhirat kelak………. insyaallah.

My note:
To be honest until now I have never been sure myself whether Allah SWT has accepted my shalat or not. It is difficult for me to be khusyuk during my shalat, I got distracted very easily. For example, sometime Im thinking about my forgotten task, where I put my stuff, what should I do after I pray and many other things. I think syaitan have stolen my shalat 😦 anyway I’m very much aware that this is actually not their fault.. I’m the one who let them.. It was me whose being weak.. I hope by reading this note, I can learn to keep my shalat khusyuk..
Dear Lord the Al Mighty… I’m sooo far away from Your Jannah.. Please let me in.. Please help me to keep my track on the right path.. Yaitu, jalan yang Engkau ridhoi..

Advertisements

Published by

stratumcorneum

A graduate students who like to write but found herself busy doing unimportant things..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s